Assalamualaikum
Ada yang bertanya, apa perasaan
kau bila dah bergelar seorang ibu? Aku jawablah perasaan aku bercampur campur.
Semuanya ada. Suka, sayu, haru, teruja dan bla bla bla bla. Kenapa aku suka? Sebab aku
dikurniakan rezeki anak, Alhamdulillah. Bukan semua hambaNya yang menikah Allah janjikan
rezeki anak. Kat luar sana ramai yang belum punya anak. Mereka kepingin, tapi
percayalah Allah dah tentukan perjalanan hidup yang terbaik buat kita. tapi
kadang kadang keadaan sekeliling seakan tidak memahami buat mereka yang belum
punya rezeki anak ni. Ada ajee la soklan soklan pedihh yang ditanya. Kau ni tak
mengandung lagi kee? Tak pergi berubat ke senah oiii? Tak rasa nak ada anak
sendiri ke bedah? Makcik makcik pakcik pakcik kakak kakak adik adik kena ingatttt
sebelum tanya soklan tu cuba pikir dulu rezeki kita ni datang dari mana?? Haa
ni bedah senah nak membebel sebakul ni.
Masa usia kandungan 6 bulan :)
Aku pernah hadapi situasi ni yang
mana situasinya bila disoal macam macam oleh orang sekeliling. Bila kau nak ada isi? Padahal masa tu
aku baru dalam 2 3 bulan menikah. Kadang kadang aku sampai hilang akal nak menjawab. Mana la aku nak tahuu bila aku nak mengandung. Kalau aku tahu senang
pula aku nak jawab. Lepas raya ni aku mengandung laaa, haa kan senang? Aku ni
kira OK lagi baru sangat menikahnya. Macam mana kalau yang dah 3 4 tahun menikah
tak dapat anak lagi? aku rasa dah kena pelangkung kepala sorang sorang. Baru
kau rasa. Aku tak nafikan ramai yang bagi macam macam petua kesuburan yang
bagus bagus. Kami laki bini pun bukannya tak ikhtiar. Cuma soklan tu biar
berlapik sikit, takyah nak straight to the point sangatt. Alhamdulillah, lepas
7 bulan aku menikah aku disahkan mengandung. Kalau belum mengandung lagi agak
agaknya berapa banyak soklan yang aku kena jawab ek? Rezeki ni kan datang dari Allah? Kenapa perlu persoal? Siapa yang tak kepingin punya anak. Tolong doa
sudahlah kan.
Gigih tengok upin & ipin. saja nak bagi dia mamai mamai mengantuk.
Berbalik kepada tajuk entri aku,
bila dah ada anak ni hakikatnya kami laki bini turut berasa haruu dan kena banyakkan bersabarr. Hehe mana
tak harunya, dulu sebelum ada anak tidur awai sekarang takde awai awai dah. Adam
punya perangai bila dia taknak tidur malam. Bila malam je dia ajak main. Mata
ibu dan papa dah rasa macam kena gam diajaknya juga bersembang. Tu kira OK
lagi, buatnya dia mengamuk menangis dan meronta tak tentu pasal. Haa, ini
memang haruu. Bagi susu taknak, ajak main tolak, dukung pun tak mau. Semua
benda buat tak kena. Selalunya melarat sampai 2 3 jam. Tapi Adam ni masih boleh
dikawal lagi, dia takdelah jenis kuat menangis sangat. Tapi tetap haruu haruu. Mak paknya si Adam ni pula memang kaki tidur. Memang haru le bila tiap tiap hari tak cukup tidur. Tapi Alhamdulillah,
inilah nikmatnya jaga anak (sedapkan hati sendiri, wuwu). Penat macam mana pun
bila pandang muka anak rasa tenang je. Bila aku baca pengalaman ibu ibu yang
lain perkara ni normal. Kadang kadang anak anak ni nakkan perhatian kita je.
itulah kadang kadang mereka suka menangis meronta tak tentu pasal. Kita kita
dulu macam tu juga. Baru merasa macam mana mak ayah kita jaga kita dulu dulu kan. Sekarang
dah OK sikit sebab dah mula ajar Adam tidur dalam buaian. Jadi dia takde la
aktif sangat ajak bermain. Senang je nak buat dia rasa mamai mamai mengantuk. Mula mula
tu aku rasa malasnyee nak ajar dia tidur berbuai. Ada orang kata nanti nak pergi mana mana
susah sebab dah terbiasa tidur dalam buaian. Aku tak berapa pasti kebenarannya dan setakat
ni Adam lentok je tidur kalau pergi mana mana. Agaknya menurun mak paknya kaki
tido kott mihmihmih.
Masuk keta jee tido.
Alhamdulillah, terima kasih Allah
sebab pinjamkan kami anak anak syurga. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk
menjaga mereka dengan baik. Bila dah ada anak ni aku rasa teruja sebab KENA belajar
banyak benda. Banyak ilmu jaga anak aku kena serap secepat yang mungkin. Sebelum ni aku memang tak
biasa pegang budak kecik. Rasa macam keciknye lembiknye, tak berani lerr.
Sejujurnya aku tak pernah mandikan Adam lagi, setakat ni hehe. Laki aku yang
mandikan. Bab ni la yang aku fail sikit. Nasib lahh laki aku ni pandai bab bab
jaga anak ni. Macam macam alasan aku buat, takut itu la takut ini la. Aku
semacam kurang keyakinan dengan diri sendiri lahaiii. Tak kuasa dah laki aku
suruh aku teraii mandikan Adam. Kadang kadang malu juga, yelaa kau sebagai ibu kena la cepat
sikit belajar buat itu ini kan tak gitu? Nak bergantung harap dengan orang lain
saje memang susah laa. Inilah akibatnya dulu dulu kau taknak belajar awal awal. Bila
dah ada anak ni baru terkial kial terkemut kemut nak buat itu ini. Pandainyaa aku
nasihat diri sendiri kenn. Buat mereka yang baru menikah tu belajar la awal
awal ye, jangan jadi macam makcik ni ha. Belajar dari pengalaman makcik ni.
Makcik baru nak merangkak mihmihmih.
No comments:
Post a Comment