Wednesday, May 13, 2015

Pengalaman mengandung

Assalamualaikum

Wahh, entri pertama terus cite pasal pengalaman mengandung. Haha. Bila kau mengandung ni lin? Terus terang aku cakap aku sebenarnya takde idea nak mengarang topik apa untuk entri pertama aku ni. Tapi memandangkan masa aku mengandung dulu aku suka bebeno google ‘pengalaman mengandung’ orang lain, jadi apa salahnya aku kongsikan juga pengalaman aku sendiri. Mana tahu ada manfaat dan kebaikan buat mommy-to-be kat luar sana. Lebih lebih lagi yang first time mengandung, korang mesti nak tahu pasal macam macam masa tengah mengandung ni kan. Aku tahu la, sebab aku pun macam gitu juga perangainya. Hihihi

Sebenarnya aku pernah keguguran sebelum ni. Tapi masa tu usia kandungan aku baru sangat. Sebulan kemudian aku disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah, syukur sangat. Tapi sebelum aku tahu yang aku mengandung kali kedua aku dah ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab nak jaga umi yang tengah sakit. Perancangan Allah tu cantik bukan? Kau mengandung lepas tu kau dapat duduk dekat dengan suami dan keluarga. Heaven kau.

1st trimester



Mula mula macam tak caya juga sebab aku baru je keguguran tapi aku berkobar kobar nak check kot kot mengandung lagi. Laki aku marah bila aku cakap aku nak beli pregnancy test aka UPT. Period pun tak sampai masanya lagi kau dah gatal tangan nak beli kenn. Bila dah 4 hari lewat period aku terus check. Positive kau, terus call laki aku. Laki aku tak caya, dibelinya lagi pregnancy test. 3 4 kali jugak la aku check. Melayang jugak la duit laki aku beli UPT tu dah la mahal. Hihi. Alhamdulillah, rezeki Tuhan. Ok, aku ni jenis takde alahan sangat kot. Awal awal usia kandungan aku pun takde sangat aku muntah muntah. Bau macam macam pun aku boleh terima lagi. Makan pun boleh macam macam aku melantak. Kalau yang teruk sikit pun aku pening pening nak pitam.

Tapi masa 1st checkup aku kat klinik kesihatan aku alami pendarahan. Aku memang trauma dengan pendarahan sebab masa aku gugur dulu pun aku alami benda yang sama. Sebelum aku jumpa doktor aku dah rasa semacam dah. Check check darah banyak yang keluar. Panik la aku, terus bagitau husband. Elok pulak masa tu nama aku dipanggil untuk berjumpa dengan doktor, terus kami laki bini cerita apa yang berlaku. Sebab aku sebelum ni pernah gugur jadi doktor cakap risiko untuk aku gugur lagi masih ada. Dia syorkan aku masuk wad untuk berehat tapi lepas kami bincang, kami buat keputusan untuk ke klinik swasta. Menonong la aku ke klinik swasta pulak dengan darah yang masih keluar. Perasaan aku masa tu dah pikir macam macam dah. Doktor Zul yang aku jumpa ni memang tenang orangnya. Dia suruh aku balik berehat dan cuba tenangkan fikiran, insyAllah semua OK. Disuruhnya aku makan ubat kuat rahim untuk  beberapa bulan. Ubat kuat rahim ni hanya boleh didapati di klinik swasta sahaja ye, big NO kat klinik kerajaan. Alhamdulillah, anak kami dalam rahim ni kuat. Dan selepas tu aku dah tak alami apa apa pendarahan lagi.

2nd trimester

Dah boleh rasa baby gerak gerak dalam perut. Seronok sangat. Tak banyak ragam sangat dalam trimester ni tapi aku nak cerita yang paling tak menahan sepanjang mengandung, DEMAM. Boleh dikatakan sebulan sekali aku demam. Dan yang lebih best laki aku pun tiap tiap bulan demam. Hihi. Bila berganti bulan je aku mula risau. Ya Allah, nak demam lagi ke ni. Letih kau demam tiap tiap bulan. Berkotak kotak cool fever buat bekalan. Dah la kau preggy, nak makan ubat pun tak senang hati. pikirkan si kecik dalam perut ni. Walhal berkali kali doc tegaskan ubat sekian sekian ni selamat untuk baby. Kau punya naluri mak mak macam dah kuat kan, macam macam la kau pikir. Tapi bila dah sampai kemuncaknya, aku sampai terpaksa makan antibiotik sebab demam tak kebah jugak.

ANTIBIOTIK

Macam macam aku tanya doc tu. Nasib doc tu baik peramah dan lemah lembut je melayan soalan soalan aku ni. Betul ke doc antibiotik ni selamat? Takde effect ke kat baby I? kena habiskan semua ke? Takpe ke makan banyak banyak ni, risau la saya. Kalau saya tak makan takpe ke? ramai kata tak elok la makan ubat ubat ni kan? Doc tu pun jawab la satu satu soalan aku tu dengan penuh sabarr. Aku pun dengan hati tak berapa rela, menelan la ubat hari hari. Terus baik kau demamnya. Dah masuk trimester ketiga terus takde lagi demam datang bertandang.

MALAS

Errr, tak mengandung pun aku ni memang pemalas SIKIT. Haha. Bila dah mengandung ni skala malas tu naik sikit la. Memanjang rasa nak berbaring je. Memanjang aku rasa mengantuk tapi nasib baik jugak la aku dah tak kerja. Kalau tak haru juga aku ni kalau asyik nak tidoo jee. Mau kena pelangkung kepala dengan bos.

MENGIDAM

Makanan takde yang spesifik sangat pun yang aku teringin nak makan sepanjang mengandung. Setakat makanan yang laki aku boleh cari kat warung warung tepi jalan je. Hehe. Paling jauh pun aku mengidam nasi lemak KL. Selera key ell jugak anak aku ni. Mengidam pelik pelik belum ada lagi la. Senang laki aku, tak payah susah susah nak mencari benda yang susah.

3rd trimester

Masa ni dah mula rasa excited sebab dah tak lama dah nak deliver. Bila bila masa je baby nak keluar jengah dunia kan. Aku dah mula rasa lenguh lenguh satu badan sebab perut makin membesar. Ulang alik ke tandas dah jadi kebiasaaan. Tido pun dah rasa tak selesa. Orang kata kena banyakkan mengiring ke kiri untuk mudahkan baby berada di laluan yang betul apabila tiba masa dia nak keluar nanti. Aku pulak lebih selesa tido mengiring ke kanan, jadi menahan jela tido mengiring ke kiri malam malam. Bila badan dah makin kembang ni, mudah sangat aku rasa letih. 

Tapi aku banyakkan berjalan, orang kata untuk mudah bersalin nanti. Boleh dikatakan hari hari jugak la aku ikut laki aku pegi office dia. Panjat tangga office hari hari. Aku banyakkan jugak baca surah surah untuk mudahkan bersalin. Surah Maryam dan Surah Yasin hari hari aku baca. Alhamdulillah, aku ni boleh dikatakan mudah jugak bersalin. Nanti aku kongsikan pengalaman bersalin aku dalam entri seterusnya. Senang kata, buat mommy-to-be nikmatilah hari hari dengan gembira. Nanti rasa rindu pulak nak rasa baby gerak gerak dalam perut kenn..



2 comments:

  1. Kita pun suka baca pengalaman orang mengandung...dah masuk anak tiga ni pengalaman hamil pun lain² je..

    Jom Semak 10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil Supaya Dapat Elakkan Anemia

    ReplyDelete
  2. sy pun suka baca
    entry ibu mengandung. tapi entry diri sdri xbuat lagi.. hihihi

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/3-langkah-lahirkan-anak-bijak.html

    ReplyDelete