Tuesday, June 30, 2015

Pengalaman bergelar ibu

Assalamualaikum

Ada yang bertanya, apa perasaan kau bila dah bergelar seorang ibu? Aku jawablah perasaan aku bercampur campur. Semuanya ada. Suka, sayu, haru, teruja dan bla bla bla bla. Kenapa aku suka? Sebab aku dikurniakan rezeki anak, Alhamdulillah. Bukan semua hambaNya yang menikah Allah janjikan rezeki anak. Kat luar sana ramai yang belum punya anak. Mereka kepingin, tapi percayalah Allah dah tentukan perjalanan hidup yang terbaik buat kita. tapi kadang kadang keadaan sekeliling seakan tidak memahami buat mereka yang belum punya rezeki anak ni. Ada ajee la soklan soklan pedihh yang ditanya. Kau ni tak mengandung lagi kee? Tak pergi berubat ke senah oiii? Tak rasa nak ada anak sendiri ke bedah? Makcik makcik pakcik pakcik kakak kakak adik adik kena ingatttt sebelum tanya soklan tu cuba pikir dulu rezeki kita ni datang dari mana?? Haa ni bedah senah nak membebel sebakul ni.


Masa usia kandungan 6 bulan :)

Aku pernah hadapi situasi ni yang mana situasinya bila disoal macam macam oleh orang sekeliling. Bila kau nak ada isi? Padahal masa tu aku baru dalam 2 3 bulan menikah. Kadang kadang aku sampai hilang akal nak menjawab. Mana la aku nak tahuu bila aku nak mengandung. Kalau aku tahu senang pula aku nak jawab. Lepas raya ni aku mengandung laaa, haa kan senang? Aku ni kira OK lagi baru sangat menikahnya. Macam mana kalau yang dah 3 4 tahun menikah tak dapat anak lagi? aku rasa dah kena pelangkung kepala sorang sorang. Baru kau rasa. Aku tak nafikan ramai yang bagi macam macam petua kesuburan yang bagus bagus. Kami laki bini pun bukannya tak ikhtiar. Cuma soklan tu biar berlapik sikit, takyah nak straight to the point sangatt. Alhamdulillah, lepas 7 bulan aku menikah aku disahkan mengandung. Kalau belum mengandung lagi agak agaknya berapa banyak soklan yang aku kena jawab ek? Rezeki ni kan datang dari Allah? Kenapa perlu persoal? Siapa yang tak kepingin punya anak. Tolong doa sudahlah kan.

Gigih tengok upin & ipin. saja nak bagi dia mamai mamai mengantuk.

Berbalik kepada tajuk entri aku, bila dah ada anak ni hakikatnya kami laki bini turut berasa haruu dan kena banyakkan bersabarr. Hehe mana tak harunya, dulu sebelum ada anak tidur awai sekarang takde awai awai dah. Adam punya perangai bila dia taknak tidur malam. Bila malam je dia ajak main. Mata ibu dan papa dah rasa macam kena gam diajaknya juga bersembang. Tu kira OK lagi, buatnya dia mengamuk menangis dan meronta tak tentu pasal. Haa, ini memang haruu. Bagi susu taknak, ajak main tolak, dukung pun tak mau. Semua benda buat tak kena. Selalunya melarat sampai 2 3 jam. Tapi Adam ni masih boleh dikawal lagi, dia takdelah jenis kuat menangis sangat. Tapi tetap haruu haruu. Mak paknya si Adam ni pula memang kaki tidur. Memang haru le bila tiap tiap hari tak cukup tidur. Tapi Alhamdulillah, inilah nikmatnya jaga anak (sedapkan hati sendiri, wuwu). Penat macam mana pun bila pandang muka anak rasa tenang je. Bila aku baca pengalaman ibu ibu yang lain perkara ni normal. Kadang kadang anak anak ni nakkan perhatian kita je. itulah kadang kadang mereka suka menangis meronta tak tentu pasal. Kita kita dulu macam tu juga. Baru merasa macam mana mak ayah kita jaga kita dulu dulu kan. Sekarang dah OK sikit sebab dah mula ajar Adam tidur dalam buaian. Jadi dia takde la aktif sangat ajak bermain. Senang je nak buat dia rasa mamai mamai mengantuk. Mula mula tu aku rasa malasnyee nak ajar dia tidur berbuai. Ada orang kata nanti nak pergi mana mana susah sebab dah terbiasa tidur dalam buaian. Aku tak berapa pasti kebenarannya dan setakat ni Adam lentok je tidur kalau pergi mana mana. Agaknya menurun mak paknya kaki tido kott mihmihmih.

Masuk keta jee tido.

Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab pinjamkan kami anak anak syurga. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga mereka dengan baik. Bila dah ada anak ni aku  rasa teruja sebab KENA belajar banyak benda. Banyak ilmu jaga anak aku kena serap secepat yang mungkin. Sebelum ni aku memang tak biasa pegang budak kecik. Rasa macam keciknye lembiknye, tak berani lerr. Sejujurnya aku tak pernah mandikan Adam lagi, setakat ni hehe. Laki aku yang mandikan. Bab ni la yang aku fail sikit. Nasib lahh laki aku ni pandai bab bab jaga anak ni. Macam macam alasan aku buat, takut itu la takut ini la. Aku semacam kurang keyakinan dengan diri sendiri lahaiii. Tak kuasa dah laki aku suruh aku teraii mandikan Adam. Kadang kadang malu juga, yelaa kau sebagai ibu kena la cepat sikit belajar buat itu ini kan tak gitu? Nak bergantung harap dengan orang lain saje memang susah laa. Inilah akibatnya dulu dulu kau taknak belajar awal awal. Bila dah ada anak ni baru terkial kial terkemut kemut nak buat itu ini. Pandainyaa aku nasihat diri sendiri kenn. Buat mereka yang baru menikah tu belajar la awal awal ye, jangan jadi macam makcik ni ha. Belajar dari pengalaman makcik ni. Makcik baru nak merangkak mihmihmih.

Monday, June 22, 2015

Terima kasih abah

Assalamualaikum

Entri ini dibuat pada hari mereka yang menyambut hari bapa.

Hari ni ramai yang buat ucapan dan status selamat hari bapa dalam facebook, instagram dan media sosial yang lain. Ada sesetengah mereka beranggapan takyah la nak sambut sambut hari bapa nii. Hari hari pun boleh jadi hari bapa juga. Hari hari pun boleh kau nak sambut hari bapa, nak dengan taknak je. Hari hari nak cium peluk ayah kita pun takde yang melarang. Dan pendapat aku senang je. Tak salah pun hari ni kita nak buat ucapan ke nak bagi kata kata penghargaan ke puji pujian ke kat ayah kita. ayah kita kott, bukan orang lain. Cuma jangan menganggap hari ni je kita buat ucapan hargai ayah. Esok esok pun boleh buat lagi, buat laa sampai ayah ayah kita naik bosan. Tapi apa apa pun berbalik pada niat masing masing. Wallahualam.

Hari ni aku tak buat pun apa apa ucapan untuk abah aku. Sebab? Abah aku bukan ada pun facebook, instagram mahupun media sosial yang lain. Aku hantar sms je, itupun aku nak tengok dia balas ke takk. Sebelum ni abah tak pernah balas kalau aku sms. Tak pandai katanya. Tapi hari tu dia ada cerita dah boleh berbalas balas sms dengan kawan dia. tapi setakat aku dok menaip ni, tak dapat apa apa balasan sms lagi. humm. Ni aku nak cerita. Aku ni jenis segan sikit dengan abah aku. Nak cakap sayang nak cakap rindu memang takk le. Tak luahnya dengan kata kata. Lain benar kalau dengan arwah umi, sayang sayang rindu rindu tu dah biasa. Abah pun camtu juga, segan nak bermanja manja sangat dengan anak perempuan dia yang sorang ni. Ayah ayah kita ni bukannya tunjuk sangat sayang dia. Tapi dengan segala gerak geri dan perbuatan abah aku tahu dia sayang sangat kat anak anak dia. dia tatang anak anak dia macam minyak penuh. Siapalah yang tak sayang anak kan? Kita sebagai anak anak ni je kadang kadang terlepas pandang dengan apa yang mak ayah kita buat. Perkara biasa bukan?

Aku masih ingat lagi masa aku bersekolah dulu, abahlah yang hantar dan ambil aku dari sekolah. Mana aku reti berdikari pegi sekolah sendiri. Kalau pegi kelas tambahan pun sama. Dan kalau nak kemana mana pun arwah umi dan abah lah sebagai peneman setia aku. Memang kami ni anak anak mereka dah dijaga macam jaga nyawa sendiri, ditatangnya kami. Apa apa yang aku mintak pasti akan dipenuhi. Samada arwah umi atau abah yang akan tunaikan. Nak itu, bagi. Nak ini, bagi. macam aku cerita dalam entri lepas, bagitahu je kau nak makan durian terus abah carikan. Sayuu. Dan aku ni ada satu macam perangai buruk sikit iaitu mudah marah. Bila dah marah, kuat merajuk pula. Alahaii, perangai setan sungguh. Dulu dulu aku ni memang suka merajuk. Mereka pun dah masak dengan perangai aku.Tak kena itu ini, merajuk. Marah itu ini, merajuk. Seharian berkurung diri dalam bilik, tak makan tak minum dan tak keluar bilik. Yang memujuknya adalah abah. tak pernah dibiarnya aku berkurung dalam bilik lama lama. Dipanggilnya aku makan dan sembang sembang dengan aku macam takde apa yang berlaku. Walaupun tiada kata maaf keluar dari mulut aku yang ego tak bertempat ni haa. Itulah mak ayah kita, tak pernah simpan marah atau dendam dengan anak anak.

Sejak arwah umi takde, hidup abah nampak sunyi. Sudah takdir Illahi, arwah pegi dulu tinggalkan kami. Nak pegi mana mana pun berseorangan je. Yela nak ajak aku ke mana mana pun aku dah berkeluarga. Padahal dia lah dahulunya yang kehulur kehilir temani aku kemana saja. Bila aku ada masalah merekalah yang pertama aku cari nak mengadu. Betul apa orang kata, mak ayah ni boleh jaga 10 orang anak mereka, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga mereka. Jadi buat mereka yang masih punya mak ayah, bersyukurlah. hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa, tataplah wajah mereka, minta ampun dari mereka sementara masa masih ada dan jagalah mereka dengan baik. tak banyak yang aku boleh cerita tentang abah. sememangnya abah dah jadi ayah yang terbaik buat kami.


Abah tak pernah minta apa apa dari anak anak. Cukuplah sekali sekala bertanya khabar abah, itu pun dah cukup. Abah minta maaf kalau ada menyinggung perasaan anak anak. Kadang kadang abah rasa stress rasa tertekan dengan keadaan. Jangan pernah menganggap abah tak suka anak anak duduk dengan abah. rumah ini untuk anak anak abah dan umi. Kalau anak anak tinggalkan kami dengan siapa lagi abah dan umi nak mengadu.

Abah

Kata kata abah ini akan aku ingat sampai bila bila. Terima kasih abah untuk segalanya. Sayang abah selamanya.

Wednesday, June 10, 2015

Majlis aqiqah Adam

Assalamualaikum

Nak buat entri ni kena pandai curi curi masa. Bila dah anak sendiri ni bukan boleh dah aku nak tenung skrin ni 24 jam. Masa bujang dulu boleh la cemtu. Kalau anak meragam taknak tido, lagi la aku campak je segala gajet gajet yang ada. Persetankan itu semuaa, Pok pok punggung anak nak bagi dia tido lagi penting. Lebih lebih lagi Adam sekarang dah pandai buat perangai. Alhamdulillah 5/6/2015 baru baru ni aku dan famili buat majlis aqiqah untuk Adam. kecik kecik je, panggil orang pun tak ramai. 2 ekor kambing disembelih untuk buat lauk gulai dan kerutuk daging. Tambah juga dengan daging lembu, sebab ada mereka yang tak makan daging kambing. Alhamdulillah, selesai sudah. Adam pun tak banyak ragam, orang tengah selawat pun dia sedap je tido.


Terima kasih buat famili dan mereka mereka yang banyak membantu melancarkan majlis aqiqah anakanda kesayangan kami. Tak terbalas rasanya. Aku pulak baru cukup 42 hari berpantang. Nak rewang rewang sangat pun tak boleh juga. Belum habis pantang. Mujur ada mereka mereka yang sudi membantu. Juga buat tetamu yang sudi hadir ke majlis aqiqah Adam, terima kasih semua!




senang jimat dan mudahh.

Doorgift ni aku buat sendiri. Kenkonon DIY la kann. Walaupun senang sangat nak buatnyaa. Kau beli botol dan kau letak kacang, dah siap haha! DIY la jugak kenn. Sticker tu aku suruh laki aku buat je. Senang jimat dan mudahh. Nak tempah tempah macam tak berbaloi. Aku bukan buat apa pun kat rumah, layan anak je. Sambil sambil layan anak je dah boleh siap berbotol botol. Yasin dan tasbih aku tempah. Al-kisahnya aku tempah yasin dan tasbih ni 3 minggu sebelum majlis. Seminggu lebih lebih sebelum majlis barulah barang tempahan diposkan. Diposnya pakai pos biasa. Lahaiii, aku bajet mereka pos pakai pos laju. Biasanya 2 minggu baru sampai kalau pakai pos biasa nii. tak keruan la aku, dibuatnya barang tak sampai sampai takkan doorgift aku nak bagi kacang hijau kuning ni sebotol jek kat tetamu yang datang.



Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.

Dan alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah akhirnya barang tempahan sampai juga. Itupun sampai pada hari majlisnya, sesudahh subuh kauu posmen datang hantar. Tapi aku nak berterima kasih kat mereka yang men'design'kan Yasin dan tasbih untuk majlis aqiqah Adam ni. sebab bertanggungjawab sangat walaupun aku membebel macam macam sebab tunggu barang tak sampai sampai. Bersungguh sungguh mereka nak pastikan aku dapat juga barang tempahan tu seperti yang mereka janjikan. Macam ni laa orang yang betul betul nak berniaga. Mengaku salah mereka. Kalau yang biasa lari dan taknak mengaku salah tu baik tak payah berniaga lahh, tak berkat juga dik nonn oii.




Antara BFF kite yang datang, thank korang!

Takde tirai, takde bunga bunga dan takde buaian berendoi buat Adam. kecik kecik aje, buat selawat dan jamu makan untuk orang orang kampung, kengkawan dan famili terdekat saja. Dah lebih dari cukup. Kami sepakat nak pakai sedondon giteww. Nanti boleh pakai untuk raya pulak. Alhamdulillah!

Letak sekeping je. perut menggeleber lagi, kahkah!