Assalamualaikum
Demam kuning ni dah jadi semacam
kebiasaan kalu kena kat baby baby baru lahir. Bezanya teruk atau tak je. Orang
kata kalau baby berdarah O payah sikit demam kuningnya nak turun. Lagi orang
kata kalau si mak ni dulu masa mengandung suka makan makanan ringan dan banyak
makan makanan tak berzat anak nanti senang kena kuning. Macam anak aku pun tak
terkecuali kena demam kuning. Risaunya dalam hati aku ni tak payah cakap la kan
walaupun orang orang cakap alaaaa kena kuning biasa letteww dik non. Tapi aku
tak pasti anak aku kena kuning atas faktor apa. Orang kata kalau baby tak cukup
bulan pun mudah kena jugak. Lagi orang kata baby boy memang senang kena kuning.
Wallahualam, Tuhan je yang tahu. Ada yang kes teruk sikit, baby sampai kena
tukar darah. Mintak jauhhh la kan daripada terkena kat anak anak kita nanti.
Masa mula mula bawak balik Adam
tak nampak ketara lagi tanda tanda kuning ni. Tapi aku macam dah perasan mata
dia kuning sikit sikit. Kulit muka dia pun dah timbul kekuningan jugak. Aku bagitahu
laki aku tapi dia sendiri pun tak pasti. Orang kata, selalu menyusukan si anak
kalau dia terkena kuning. Awal awal tu susu aku tak keluar. Keluar pun sikit
sangat. Tapi aku teruskan je susukan si Adam.
2 3 hari jugak la baru meriah susu aku. Tapiii si Adam ni kuat tido.
Agaknya dia ingat dia kat dalam perut aku lagi ni, tengah mimpi mimpi. Susah
sangat nak kejut dia nak bagi susu. Orang kata anak kena kuning ni memang
banyak tido sebab dia keletihan. Agaknya la kott. last last pegi klinik check.
Bacaan masa pertama kali check adalah 10. Tinggi jugak. Nurse suruh aku kerap
susukan Adam. Aku dah serabut dah pikir. Dah la susah kau nak kejutkan dia
bangun tido, Adam pun tak kuat menyusu sangat. Kejap kejap tido. Tambah lagi aku
dalam pantang kan, jalan pun senget senget lagi. Aku try la jugak susukan
dia sekerap mungkin dan sekuat kudrat aku wuwu.
5 6 kali jugak pegi klinik ambil
darah tapi bacaannya dok maintain macam tu je. Bacaan paling tinggi pun 13.
Memandangkan aku breastfeed Adam aku takut dia kena breastmilk Jaundice. Aku
tak makan la lada hitam, kunyit, halia dan rempah ratus orang kata panas. Jamu jamu
lagila aku tolak tepi. Doktor bagitahu kalau bacaan kuning Adam tak turun dia
nak ambil darah untuk test takut takut ada penyakit lain. Alahai rasa macam tak
sanggup nak biarkan darahnya diambil. Bukan tak risau bukan tak sayang tapi
kalau ada alternatif lain yang boleh kita cuba apa salahnya kita cuba dulu kan?
Lepas tu macam macam orang bagi petua nak hilangkan kuning. Banyak sangattt kalau aku senaraikan baru senang nak baca. antaranya air anggur hitam, air
sengkuang cina, serbuk mutiara (Herba
cina), mandian herba, air daun inai,
air daun dukung anak, 2 3 titis susu kambing, air anggur hijau dan banyakk lagi.
Yang aku senarai tu semua aku
cuba kecuali air sengkuang cina, susu kambing dan anggur hijau. Alhamdulillah
syukur sangat bacaan kuning turun kepada 8. Masih ada kuning sebab bacaan
normal adalah 5. Alhamdulillah l ega rasanya bila dah turun, takyah pegi klinik dah. Aku terus
susukan Adam sebab apa apa pun susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anak kita.
So mommies out there, don't worry too much kalau anak kena kuning, apa apa doa tu
penting. Cuba cari alternatif untuk turunkan kuning, insyAllah Allah perkenankan
doa kita.
Rujukan untuk mommies, sila sila.
No comments:
Post a Comment