Friday, May 29, 2015

Pilihan hospital swasta di kota bahru, kelantan

Assalamualaikum

Aku tahu ramai bakal bakal ibu di luar sana yang belum ada pengalaman bersalin rasa dilema nak bersalin kat hospital mana kan? Hospital swasta atau kerajaan? Mana yang lebih baik? Sudah tentu hospital swasta kenn. Kita bayar mahal mahal servisnya kena tiptop la kan. Macam aku, pengalaman bersalin aku di hospital gomen. Memang aku ni merancang nak bersalin kat hospital gomen ke? jawapannya ya dan tidak. Hehe meh aku nak cerita. Aku bersalin masa usia kandungan aku cukup cukup 37 minggu. Sebelum tu aku dapat tahu anak aku yang dalam perut ni terbelit tali pusat. Dapat tahu pun bila aku pegi check up kat klinik swasta. So doc tanya aku rancang nak bersalin kat mana. Aku ni tak rancang pun nak bersalin kat mana. Sungguh, takde plan mana mana pun. bila pikir pikir balik dan berbincang secara serius dengan laki kesayangan aku perlu ke mention kenn aku rasa bagus jugak kalau aku cuba survey hospital swasta.

Kalau pegi gomen ni macam macam orang cakap nanti layanan lebih kurang je kau dapat, kakak kakak nurse situ pun jenis garang garang je. Lagi orang cakap kau nanti takde privacy duduk dalam wad kena duduk ramai ramai bercampur dengan rakyat marhaen yang lain. Kiranya kau takkan dilayan bak puteri raja la. TAKKAN, OK. Boleh dikatakan yang buruk buruk saja kau cerita. Biasa la gomen, bukannya bayar ribu ribu kau nak dilayan bak puteri bagai kenn. Aku tak kisah pun tu semua. Sebab tu aku tak rancang pun nak bersalin kat mana mana. Kira kalau dah sakit terus je pegi hospital daerah yang dekat dekat ni. Tapi hasil perbincangan serius aku dan laki aku as I mentioned earlier wahh speaking kau aku rasa macam best juga kalau bersalin kat swasta. Nak jugak merasa layanan bak puteri kata kau haha. Tapi itu bukannya sebab utama aku. sebab utamanya aku nak laki aku sentiasa ada dengan aku. Menemani aku dalam wad. Aku kan nak berjuang nii antara hidup dan mati, kalau kat gomen dah tentu laki aku boleh datang masa melawat je. Alahai sayu pulak rasa.

Ok sambung, Laki aku tak bersungguh mana bila aku cakap aku nak bersalin kat swasta. Aku terus rasa downnya lahaiii. sebabnya kat Terengganu ni ada 1 je hospital swasta yang kira dekat dengan aku. Itupun kire jauh jugak la. Lagi dekat kalau aku pegi hospital swasta area kota bahru, Kelantan. Pilihan pun banyak kat situ. Walaupun laki aku macam tak setuju tapi aku survey jugak hospital hospital swasta kat KB. Macam tak paham pompuan ni kenn, kalau nak tu nak la jugak. sebenarnya mana mana hospital swasta ni kalau bersalin normal takdelah mahal mana.  Dalam 1k lebih lebih je. Mula mula aku survey USAINS. USAINS ni swasta bawah HUSM. Doc doc kat situ boleh dikatakan pangkat pangkat tinggi jela. Tapi doc doc yang nak sambut anak kau nanti adalah doc doc laki jeww. Harga dia pun agak mahal berbanding hospital atau klinik swasta yang lain. Kalau kena operate, harga boleh up to 5k. Dan tu pulak masa aku call tu kebanyakan doc doc bercuti, tinggai sorang doc je dan sorang doc pelatih. lahaiii

KPJ Perdana pulak aku reject awal awal sebab mahal sangat. Mahal la bagi aku yang tak keje. Dulu masa keje bolehla kau nak beranak free kat semua hospital KPJ kenn. Nasib kau lahhh

Klinik An-Nur pun bagus juga. Kawan aku 2 kali beranak kat situ tak kena jahit kau. Ramai yang kata kat sini bagus. Doc dia sorang je, doc pompuan. Tapi kat sini aku survey gitu gitu je. KBMC aku tak survey jadi aku tak tahu sangat. Lagi satu kat poliklinik An-Nisa pun ramai yang cakap bagus. Sebab ia dikenali sebagai hospital yang mesra ibadah. Doc semua pompuan. Aku takyah nak pikir malu malu dah nak beranak dengan doc laki. Dah sah sah doc pompuan yang akan sambut anak aku nanti. Yang buat aku rasa teruja bila nanti akan ada kehadiran ustazah yang tolong bagi kita rasa tenang sikit, diajarnya zikir zikir dan doa doa permudah bersalin. Bilik pun kau boleh pilih mana mana yang kau nak ikut harga yang ditetapkan. 

Sumber: google. recommended walaupun aku tak pernah bersalin kat sini.


Aku pun bagitahu laki aku dan dia pun teruja. kami pun buat keputusan nak pegi terus je An-Nisa untuk tanya lebih lanjut. Kandungan aku masa tu baru 37 minggu, rasanya sempatlah nak buat check up bagai kat situ kan. Tapi kami hanya merancang, Tuhan yang tentukan. Kami rancang nak pegi hari ahad esoknya yang mana hari sabtu tu aku dah sakit nak bersalin dah hehe. Harapan je laa nak beranak kat swasta. Kalau Tuhan dah kata ke gomen, maka ke gomen la aku hihi. Aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku beranak kat hospital gomen tapi kelaut pulak jadinya. Tunggu entri nanti nanti lah ye aku cerita.


4 comments:

  1. Annur layanan teruk. Klinik buruk dan tak manage!

    ReplyDelete
  2. Buruk sgt ke..bru rncg nk g sane...keadaan wad mcm mne..bilik ok x

    ReplyDelete
  3. Saya dah dua orang beranak dekat An Nur Alhamdulillah Dedua pun takde jahit langsung. Lepas beranak rasa okey lah sebab tidak berjahit. Tentang bangunan buruk tu Takde lah buruk sangat. Selesa jew padan lah dengan bayaran Yang kita berikan. Saya beranak awal tahun lepas 3k orang lah tu.

    ReplyDelete