Assalamualaikum
Wahh, entri pertama terus cite
pasal pengalaman mengandung. Haha. Bila kau mengandung ni lin? Terus terang aku
cakap aku sebenarnya takde idea nak mengarang topik apa untuk entri pertama aku
ni. Tapi memandangkan masa aku mengandung dulu aku suka bebeno google
‘pengalaman mengandung’ orang lain, jadi apa salahnya aku kongsikan juga
pengalaman aku sendiri. Mana tahu ada manfaat dan kebaikan buat mommy-to-be kat
luar sana. Lebih lebih lagi yang first time mengandung, korang mesti nak tahu
pasal macam macam masa tengah mengandung ni kan. Aku tahu la, sebab aku pun
macam gitu juga perangainya. Hihihi
Sebenarnya aku pernah keguguran
sebelum ni. Tapi masa tu usia kandungan aku baru sangat. Sebulan kemudian aku
disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah, syukur sangat. Tapi sebelum aku tahu
yang aku mengandung kali kedua aku dah ambil keputusan untuk berhenti kerja
sebab nak jaga umi yang tengah sakit. Perancangan Allah tu cantik bukan? Kau
mengandung lepas tu kau dapat duduk dekat dengan suami dan keluarga. Heaven
kau.
Mula mula macam tak caya juga
sebab aku baru je keguguran tapi aku berkobar kobar nak check kot kot
mengandung lagi. Laki aku marah bila aku cakap aku nak beli pregnancy test aka UPT. Period pun tak sampai masanya lagi kau dah gatal tangan nak beli kenn. Bila
dah 4 hari lewat period aku terus check. Positive kau, terus call laki aku. Laki
aku tak caya, dibelinya lagi pregnancy test. 3 4 kali jugak la aku check. Melayang jugak la duit laki aku beli UPT tu dah la mahal. Hihi. Alhamdulillah, rezeki Tuhan. Ok,
aku ni jenis takde alahan sangat kot. Awal awal usia kandungan aku pun takde
sangat aku muntah muntah. Bau macam macam pun aku boleh terima lagi. Makan pun
boleh macam macam aku melantak. Kalau yang teruk sikit pun aku pening pening
nak pitam.
Tapi masa 1st checkup
aku kat klinik kesihatan aku alami pendarahan. Aku memang trauma dengan
pendarahan sebab masa aku gugur dulu pun aku alami benda yang sama. Sebelum aku
jumpa doktor aku dah rasa semacam dah. Check check darah banyak yang keluar.
Panik la aku, terus bagitau husband. Elok pulak masa tu nama aku dipanggil
untuk berjumpa dengan doktor, terus kami laki bini cerita apa yang berlaku. Sebab
aku sebelum ni pernah gugur jadi doktor cakap risiko untuk aku gugur lagi masih
ada. Dia syorkan aku masuk wad untuk berehat tapi lepas kami bincang, kami buat
keputusan untuk ke klinik swasta. Menonong la aku ke klinik swasta pulak dengan
darah yang masih keluar. Perasaan aku masa tu dah pikir macam macam dah. Doktor
Zul yang aku jumpa ni memang tenang orangnya. Dia suruh aku balik berehat dan
cuba tenangkan fikiran, insyAllah semua OK. Disuruhnya aku makan ubat kuat
rahim untuk beberapa bulan. Ubat kuat rahim
ni hanya boleh didapati di klinik swasta sahaja ye, big NO kat klinik kerajaan.
Alhamdulillah, anak kami dalam rahim ni kuat. Dan selepas tu aku dah tak alami
apa apa pendarahan lagi.
2nd trimester
Dah boleh rasa baby gerak gerak
dalam perut. Seronok sangat. Tak banyak ragam sangat dalam trimester ni tapi
aku nak cerita yang paling tak menahan sepanjang mengandung, DEMAM. Boleh
dikatakan sebulan sekali aku demam. Dan yang lebih best laki aku pun tiap tiap
bulan demam. Hihi. Bila berganti bulan je aku mula risau. Ya Allah, nak demam
lagi ke ni. Letih kau demam tiap tiap bulan. Berkotak kotak cool fever buat
bekalan. Dah la kau preggy, nak makan ubat pun tak senang hati. pikirkan si
kecik dalam perut ni. Walhal berkali kali doc tegaskan ubat sekian sekian ni
selamat untuk baby. Kau punya naluri mak mak macam dah kuat kan, macam macam la
kau pikir. Tapi bila dah sampai kemuncaknya, aku sampai terpaksa makan antibiotik
sebab demam tak kebah jugak.
ANTIBIOTIK
Macam macam aku tanya doc tu.
Nasib doc tu baik peramah dan lemah lembut je melayan soalan soalan aku ni. Betul ke doc antibiotik ni selamat? Takde
effect ke kat baby I? kena habiskan semua ke? Takpe ke makan banyak banyak ni,
risau la saya. Kalau saya tak makan takpe ke? ramai kata tak elok la makan ubat
ubat ni kan? Doc tu pun jawab la satu satu soalan aku tu dengan penuh sabarr.
Aku pun dengan hati tak berapa rela, menelan la ubat hari hari. Terus baik kau demamnya.
Dah masuk trimester ketiga terus takde lagi demam datang bertandang.
MALAS
Errr, tak mengandung pun aku ni
memang pemalas SIKIT. Haha. Bila dah mengandung ni skala malas tu naik sikit
la. Memanjang rasa nak berbaring je. Memanjang aku rasa mengantuk tapi nasib
baik jugak la aku dah tak kerja. Kalau tak haru juga aku ni kalau asyik nak
tidoo jee. Mau kena pelangkung kepala dengan bos.
MENGIDAM
Makanan takde yang spesifik
sangat pun yang aku teringin nak makan sepanjang mengandung. Setakat makanan yang
laki aku boleh cari kat warung warung tepi jalan je. Hehe. Paling jauh pun aku
mengidam nasi lemak KL. Selera key ell jugak anak aku ni. Mengidam pelik pelik
belum ada lagi la. Senang laki aku, tak payah susah susah nak mencari benda
yang susah.
3rd trimester
Masa ni dah mula rasa excited
sebab dah tak lama dah nak deliver. Bila bila masa je baby nak keluar jengah
dunia kan. Aku dah mula rasa lenguh lenguh satu badan sebab perut makin
membesar. Ulang alik ke tandas dah jadi kebiasaaan. Tido pun dah rasa tak
selesa. Orang kata kena banyakkan mengiring ke kiri untuk mudahkan baby berada
di laluan yang betul apabila tiba masa dia nak keluar nanti. Aku pulak lebih
selesa tido mengiring ke kanan, jadi menahan jela tido mengiring ke kiri malam
malam. Bila badan dah makin kembang ni, mudah sangat aku rasa letih.
Tapi aku banyakkan
berjalan, orang kata untuk mudah bersalin nanti. Boleh dikatakan hari hari jugak
la aku ikut laki aku pegi office dia. Panjat tangga office hari hari. Aku banyakkan
jugak baca surah surah untuk mudahkan bersalin. Surah Maryam dan Surah Yasin
hari hari aku baca. Alhamdulillah, aku ni boleh dikatakan mudah jugak bersalin.
Nanti aku kongsikan pengalaman bersalin aku dalam entri seterusnya. Senang kata,
buat mommy-to-be nikmatilah hari hari dengan gembira. Nanti rasa rindu pulak
nak rasa baby gerak gerak dalam perut kenn..
Kita pun suka baca pengalaman orang mengandung...dah masuk anak tiga ni pengalaman hamil pun lain² je..
ReplyDeleteJom Semak 10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil Supaya Dapat Elakkan Anemia
sy pun suka baca
ReplyDeleteentry ibu mengandung. tapi entry diri sdri xbuat lagi.. hihihi
http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/3-langkah-lahirkan-anak-bijak.html
seronok baca pengalaman mengandung ni. yg sendiri pun tak sempat nak tulis entry lagi hihi. masa mengandung kena alert pasal hb dan naikkan hb supaya tak kena ulang2 ke klinik.
ReplyDeletenaikkan hb
seronok baca pengalaman mengandung ni. yg sendiri pun tak sempat lagi nak tulis entry hihi.
ReplyDelete1"Kalau boleh nak minta tak rasa mual dan loya