Assalamualaikum
Semacam takde mood nak menaip entri
kali ni. tapi memandangkan ianya boleh dijadikan rujukan di masa masa akan datang
ku gagahi jua bercerita pasal sembelit. Ibu ibu yang baru lepas bersalin memang tidak
dapat dipisahkan dengan sembelit. Ya, percayalah hari ni aku memang nak cerita
pasal sembelit. Sebab aku dah memang tak tertahan menanggung azabnyee sembelit
ni. Sengsara sungguh jiwa dan raga aku setiap kali masuk ke tandas. Mana mana yang
pernah rasa tu tau lerr macam mana seksanya sembelit ni. Dan mana mana yang berasa
geli dengan entri aku kali ni, sila jangan baca ye. Tapi nanti bila kau kau dah
mendapat, haaa kau tahulah betapa gigihnya mencari rujukan terhebat pasal
sembelit. Macam aku buat sekarang ni T_T
aku dah 2 bulan lebih
melahirkan Adam. tapi sembelit aku macam tak baik baik juga. Aku pernah baca
normal la sembelit ni buat ibu ibu yang baru melahirkan anak sebab kalau mereka
yang ada jahitan kat bawah memang rasa seram kalau nak meneran. Takut tetas
benang jahitan la kononnya padahal doc dah jahit berlapis lapis isi kau. Akibatnya,
kau mendapatlahh sembelit tu. Kadang kadang kau rasa naluri nak membuang pun
takde. 2 3 jam lerr kau melangut dalam tandas tu. Lepas bersalin haritu ada laa
dalam seminggu juga aku tak membuang. Keinginan tu seakan akan pergi jauh dari
aku. Uuu pleasee, come back T_T
hari hari laki aku ajak pegi
klinik. Aku buat endah tak endah je. Sebab aku rasa sembelit ni perkara normal.
Sembelit je pun nak pegi klinik bagai. Manja kedede sangat kau ni. lama lama
laki aku pun malas nak mengajak aku dah hihi. Aku pun meneruskan rutin rutin
harian aku macam biasa. Dan sampailah tahap aku membuang keluar dengan darah sekali.
aku mula rasa panik dan tertekan. Sakitnya tu macam kau nak terberanak sekali
lagi. serius tak tipu. bila dah sakit
barulah ringan kaki aku nak pegi jumpa doc. Bila aku cerita kat doc masalah
sembelit aku ni dia seakan akan memahami derita aku. Sebab doc tu dah ada anak,
pernah rasa derita macam aku. Dia cakap sembelit ni jangan tahan tahan. Nanti
bila dah sampai tahap teruk kau nak menyesal pun dah tiada guna. Aku lerr tu
jenis manusia yang suka tahan tahan ni, selagi tak rasa sakit memang aku tak
kuasa nak menapak jumpa doc. Jangan ikut perangai makcik ni yee.
Doc cerita sembelit ni bermula apabila kau susah nak membuang dan menyebabkan najis menjadi keras. Bila dah lama
lama kau biarkan sembelit tu, rektum kau macam terkeluar sedikit. Bila kau nak
kena tolak masuk sendiri rektum kau yang mana sakit GILA, memang seksa. Bila
masalah sembelit terus berlarutan, nanti kau akan alami ‘berak berdarah’. Ini
pun memang sakit GILA. bila dah sampai tahap teruk rektum kau akan terkeluar balik dan
tak boleh tolak masuk dah. Ada sesetengah doc, dia akan suruh juga kau tolak
masuk sendiri rektum tu sebelum dia tolak kau ke bilik bedah. Haa, boleh bayang tak
kesakitan dia macam mana? Kalau dah sedepa rektum kau terkeluar, kau nak tolak
macam mana? aku cerita serba sedikit je ni. Kalau tak rasa seram baca cerita
aku ni tak tahulah nak kata apa. Bukan nak takut takutkan, realitinya begitu. Nak
tahu lebih mendalam pasal sembelit kau google jee. Doc bagi aku macam macam ubat
taww. Betapa memahaminya doc akan derita sakit aku nii T_T
Aku pun cuba cari petua lain
untuk pulihkan sembelit aku. aku ada terbaca dalam Facebook, boleh cuba makan
nata de coco dengan sebotol yakult. Ianya bukanlah petua untuk sembelit tetapi ia
membantu melembutkan najis. Ahhh, sama jela kan? Yakult memang kaya dengan kultur
hidup yang mana ia akan membantu proses pencernaan dan juga sangat bagus untuk usus
kita. Nata de coco tu aku beli yang perisa laici je. Tak berani aku nak cuba
macam macam perisa. Aku ambil 15 biji nata de coco SAHAJA, bilas dengan air
putih dan campurkan dengan sebotol yakult. Amalkan sekali atau 2 kali sehari. Buat pagi dan malam, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Yakult tu agak mahal tapi takpee aku sanggup asalkan hidup aku kembali ceria
macam dulu dulu. Menjadii weh. Najis kau akan menjadi lembut dan memudahkan
proses kau membuang. kultur hidup itu juga tadi telah bertindak sebagai agen
pencuci usus kita. makan buah buahan jangan diabaikan yee kawan kawan sekalian,
kau carilah petua banyak mana pun buah tetap adalah yang paling membantu untuk pulihkan
sembelit. Buat air detox pun OK! Seminggu aku cuba dan Alhamdulillah sembelit aku makin pulih. Suka
suka suka [sambil buat lompat bintang]
Yakult! A healthy start.